Hari ini 6.1.2012 team Santai Extreme Angler (SEA) telah melakukan satu mesyuarat tergempar bersama-sama Ahli Jawatan Kuasa Team (Ajk) yang terdiri daripada 7 anak muda. Mesyuarat ini dipengerusikan Tok Ngulu Team iaitu SEA Hunter (Denei) dan AJK team iaitu Meen, Yann, Nzam. Bagaimana pun Zur, Mat Angler, Wan dan Abe Harun tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Agenda hari ialah bagaimana nak meningkatkan produktiviti SEA dan Anggota dari segi kewangan serta jadual-jadual aktiviti yang akan dijalankan nanti. Pun begitu masalah anggota team juga disentuh supaya tidak memberi kesan nagetif kepada keluarga masing-masing. Disini Tok Ngulu bukanlah nak membicarakan tentang agenda mesyuarat cuma nak menyentuh perjalanan sebelum mesyuarat ini berlangsung.
Jam 3 petang anggota team mula bergerak dari rumah masing-masing. Tok Ngulu bersama anaknya (Dinnie) bertolak dengan Ranjer bersama umpan udang pasar yg dibeli di Pasar Pasir Puteh tengahari tadi. Udang agak mahal hingga mencecah RM 24 sekilo. Termenung sekejap memikirkan harga umpan tadi, apa nak dikata kalau dah minat tak kiralah berapa harganya asal projek boleh berjalan. Kelebihan team SEA ini ialah bila nak beli umpan pasti anggota team akan mengeluarkan duit sikit sorang (kongsi). Syabas utk Team SEA. Meen dgn Nzam bergerak bersama-sama satu kereta, Kereta Persona Meen jadi mangsa. Meen tak kisah pasal dia tokey besi dan aluminium dan Kontrak Perumahan. soal duit tak pernah jadi masalah baginya. Asal team bagitahu beliau je. Syukur ada AJK macam Meen, walaupun begitu Team SEA tak pernah ambil kesempatan atas kelebihan Meen. Yann dengan Avanza hitamnya menyusul kemudian dari belakang kerana nak hantar isteri dan anaknya di rumah kakaknya yang tidak jauh dari lokasi tempat SEA bersantai. Syukur juga isteri Yann tidak pernah menghalang aktiviti Team SEA. Syabas sekali lagi kerana isteri anggota SEA tidak pernah menghalang setiap aktiviti sebaliknya sentiasa berdoa kesejahteraan serta dimurahkan rezeki. Amin.
Jam 3.30 ptgTok Ngulu sampai dulu, Sambil dok tunggu sempat juga baling Poppernya. Malangnya tidak ada sambaran dari spesis Kakap yang selalunya mengejar anak-anak belanak yang bermain disekitar terusan. Sambil itu juga umpan udang tidak dilupakan. Joran kecil Shimano Aernos dengan mata perambut bersaiz lapan bersama udang tadi dilontar. Tak sangka anak ikan todak terus menyambar. Mengapalah nasib kau sang todak kecil, lain sasaran lain yang dapat.
Lima minit kemudian Meen dan Nzam tiba dilokasi. Belum sempat Tok Ngulu menyapa dah ada soalan yang sememangnya tidak asing bagi pemancing. " Dah dapat ke belum"? terkejut Tok Ngulu dibuatnya. Dengan semangat berkobar-kobar Meen dan Nzam terus bukak joran yang dibawa. Tiba-tiba!!!! Yessss!!!! kedengaran suara Nzam. Dapat jugak si Tanda. Lesen pertama, kemudian diikuti oleh anak Tok Ngulu (Dinnie), rupa-rupanya sang Kerapu yang menyentap. lepas tu joran Tok Ngulu pulak jadi sasaran. Meen pulak bising pasal jorannya hanya disentap sang ikan tapi hasilnya tidak ada malah sangkut pula dicelah batu. Mungkin sang kerapu yang menyambar menarik umpan tadi masuk dicelah timbunan batu yang di tambak dalam terusan Tok Bali. Yann yang asyik tersengih terkejut bila hujung jorannya melentur. "Dapat dah"!!!!! Kecewa seketika bila joran yang ditarik tadi tersangkut pulak kat celah batu. Itulah adatnya bila memancing kat tepi terusan Tok Bali, Semerak. Lepas tu masing-masing dapat lesen Sang Kerapu cuma Meen saja yang dapat ikan Tanda. Apa boleh buat. dah rezeki nak buat macam mana.
Kami berhenti memancing bila umpan dah habis, Tok Ngulu dapat 3 ekor Kerapu, Nzam dapat 6 ekor termasuk Sang Depu yang berbisa dan Si Buntal yang kembang semangkuk. Yann dapat 2 ekor manakala Meen dapat Tanda. Berehat seketika sambil pekena aiskrim roti. Mesyuarat Team SEA pun bermula dari jam 5 petang sehingga jam 6.30. Selesai perbentangan agenda dan masing-masing telah mencapai kata sepakat, mesyuarat ditangguhkan. Team Sea bersurai dan pulang kerumah masing-masing jam 7 petang. Untuk Team SEA, SYABAS!!!! Aktiviti hari ini telah berjaya dan selamat bersantai sambil memancing sehingga bertemu di lokasi lain selepas ini. EXTREME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
2 ulasan:
Rugi tak dapat hadir....letih sangat di alun gelombang malam tadi...hingga tertidur...bangun jam 5, anak pulok deman..hantar dia klinik...hari dah senja..terlepas..apa-apapun lain kali insyaallah join....nak try jugak bulu merah...kalau kat laut sang kerapu suka sangat...kita pakat cuba di kuala pulak..ok roger
macam best je tengok.balik raya ni nak mancing jugak kat tok bali
Catat Ulasan