Oleh kerana terlalu gian sangat nak mancing kat Kuantan hari tu, aku beli udang pasar nak buat umpan. Malangnya ombak besar sangat kat Pantai Tg gosong dimana kami sekeluarga menginap di sebuah Homestay yg berdekatan membuatkan kami tidak dapat memancing. Umpan udang pasar yang dibeli juga telah beralih rezeki kepada seekor Kucing yg entah dari mana datangnya.Sempat juga berehat kat Pantai Kemasik Trg semasa bertolak balik dari Kuantan. Disitulah anakku yang dikenali dgn panggilan mesra " Awe Thokor" nak memancing. Umpan udang,....dah tak ada dah nak buat macam mana!!!!! Teringat pulak ayam bakar semalam yang masih berbaki 5 ketul. Elok jugak buat Umpan.....dapat jugak lepaskan gian Awe Thokor yang nak memancing.... Ikan Baung tepi kolam kat pantai jadi sasarannya, Dapat jugak 2 ekor, Rezeki Awe Thokor (Adni)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan