Isnin, 23 Januari 2012

MEMBURU SIAKAP DAN KERAPU DI BUKIT KLUANG

     Tanggal 24 Jan 2012 Team Santai Extreme Angler (SEA) telah bersepakat untuk memburu siakap dan kerapu. Lokasi yang menjadi taruhan kali ini ialah sungai berhampiran Muara di Bukit Kluang, Besut, Terengganu. Perjalanan dari Pasir Puteh mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kali ini Team SEA seramai 5 anggota iaitu Sea Hunter (Penulis) dan anaknya (Dinnie) dari Kg Gong Pasir, Meen dari Jertih, Yann dari Melor,  Nzam dari Selising dan Zuraidi dari Bukit Marak Kota Bharu masing-masing membawa kelengkapan perangnya untuk melakukan pemburuan.
     Sea Hunter dengan Rangernya meneruskan perjalanan dari rumah jam 8.15 pagi, hanya berbekalkan teh secawan sudah cukup untuk alas perut memandangkan trip kali ini tidak lama iaitu sehingga jam 1 tengahari sahaja. Nzam pula dengan Kia Spectranya meluncur laju dari Selising mengekori dari belakang. Zuraidi yang hanya bermotosikal sudah sedia menunggu di kedai makan dekat stesen minyak Caltex Kuala Besut. Sempat juga dia bersarapan pagi. Meen seperti biasa, Persona Birunya memecut lewat sedikit, entah apa masalahnya. Yann semalam tidur kat chalet di Kuala Besut bersama keluarganya. Katanya kawannya yang bermalam bersama keluarga di situ ingin ikut serta. Tak kisahlah, lagi ramai lagi bagus.
     Sea Hunter, Nzam dan Zuraidi tiba lebih awal di lokasi dan jam 9 pagi kami melabuhkan joran yang berumpankan udang pasar, getuan ikan-ikan kecil menjamah umpan menyebabkan kami begitu bersemangat. Beberapa ketika kemudian Meen sampai, selalunya makanan ringan tidak pernah dilupakan. Yann bersama kawan-kawanya tiba kemudian dengan Avanza hitamnya, tetapi beliau memilih untuk berada di Jeti Simen di muka kuala.

TEAM SEA SEDANG BERBINCANG PASAL BISNES DAN PROGRAM SETERUSNYA


SESI MEMANCING SEDANG DIMULAKAN, LOKASI 
DI MUARA BUKIT KLUANG BESUT, TRG


DARI KIRI: SEA HUNTER, YANN, ZUR, MEEN DAN NZAM (BUNTAL KING)



MASING-MASING KUSYUK MEMERHATIKAN JORAN 



ZUR DENGAN KERAPU SEBESAR TAPAK TANGAN


YANN DENGAN SIAKAP PUTIH SEBERAT 600 GM


YANN DENGAN KERAPU


BERHENTI MINUM DI KEDAI BUKIT KLUANG


VIDEO LUCU ZURR DGN KERAPU KECIL

     Zuraidi yang pakar melontar telah putus tali dan batu ladung akibat lontaran yang kuat, entah dimana jatuhnya batu ladung tersebut. Masing-masing gelak tengok gelagat Zuraidi.  Tiba-tiba jorannya yang satu lagi melentur kuat, Ingatkan siakap sudah menjamah santapan yang disediakan. Bila di tarik nampaknya kurang melawan. Kerapu sebesar tapak tangan dalam genggaman. Syukurlah dan dapat lesen pertama hari ini. Yann yang berada atas jeti tiba-tiba bersorak gembira. Nampaknya siakap putih yang ditunggu sudah terjerat dek umpan udang pasar. Barangkali siakap tu lapar betul. Setelah dimasukan umpan baru di mata pancing lalu diletak kembali di tempat siakap tadi. Tiba-tiba jorannya melentur sekali lagi. Hebat!!! Kali ini Sang Kerapu pula yang terkena. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul, untung memancing dapat ikan.
     Nzam tidak dilupakan, joran asyik terkena ikan buntal, Sahabat semua gelak sakan. Agaknya kalau diberi gelaran baru  pada Nzam amat sesuai. " Raja Buntal" jadi sandaran. Boleh ke? nanti Nzam marah pulak. He he he. Aku rasa bosan bila tengok umpan dijoranku asyik hilang je. Justeru itu aku terus tukar strategi. Popping menjadi pilihanku. Aku nampak anak-anak ikan dikejar si bagak kat bawah air. Bertempiaran anak-anak ikan lari dari menjadi mangsa. Lontaran popper ku sedikit sebanyak menganggu anak-anak ikan tadi. Satu kejutan dapat dirasakan. Nampaknya popper biru ku telah disambar siakap. Aku menyentap joranku. Satu tarikan dapat dirasai dan hatiku sedikit berdebar. Malangnya pertarungan ini hanya sementara sahaja. Kecewa mula menyelubungi kalbu. Terlepas!!! itulah ungkapan yang terhambur dari mulutku. Dah tak ada rezeki. Popping tetap diteruskan, namun tiada lagi sambaran. Lenguh bukan penghalang untuk berpopping. Teknik ini memang sudah menjadi kemestian bagi ku. Tak dapat tak apa cuma lenguh je tapi kalau dah kena memang berbaloi.
     Jam 12 tengahari kami berhenti memancing. Bahang panas mentari mula mencekam kulit. Kami masing-masing membuat keputusan untuk pulang. Sempat pula singgah minum air di kedai makan kat Bukit Kluang sambil berbincang pasal bisnes. Laptop baru berharga 2000 ringgit hendak dijual dgn harga 1500 saja. Mujurle aku dah ada kalau tak aku terus angkat. Kepada TEAM SEA dan sahabatn angler yang berminat nak laptop boleh tel saya di talian 013-9863325 (Sea Hunter).
     Trip kali ini sudah mencapai matlamatnya. Walaupun rezeki tidak seberapa tapi kami tetap santai. Syabas   Team Santai Extreme Angler. Semoga rancangan kita akan diteruskan dari masa ke semasa. EXTREME!!!!!!

Tiada ulasan: