Sabtu, 21 Januari 2012

JIGGING IKAN TALANG DI TANJUNG BESI



IKAN TALANG YANG PERTAMA KALI 
AKU DAPAT DARI HASIL BERJIGGING



IKAN SEBELAH NABI SEMASA BALIK DARI JIGGING



IKAN CERMIN YANG TERSANGKUT DI MATA JIG



DAPAT JUGA CIKGU MAT (MAT ANGLER) MERASAI 
IKAN TALANG SEBERAT 2 KG



IKAN TALANG SEBERAT 2.5 KG BERJAYA DIDARATKAN



INILAH IKAN TALANG YANG TERBERAT YANG AKU
DAPAT DARI HASIL BERJIGGING KAT TANJUNG BESI
DI PULAU PERHENTIAN (5 KG)


Jam 6.30 pagi masih lagi gelap gelita, tanah di sekitar rumahku masih lagi belum kelihatan. Aku begitu bersemangat hari ini. Tanggal 21 jan 2012 menjadi sejarah bagi ku kerana inilah kali pertama aku hendak mencecahkan joran ku kelaut dengan teknik BERJIGGING. Sebelum ini aku tidak pernah melakukan teknik pancingan jigging.

Team Santai Extreme Angler (SEA) iaitu Sea Hunter (Penulis), Wan dan Mat Angler telah bersepakat untuk mencuba nasib di sekitar Pulau Perhentian untuk berjigging EBEK dan lain spesis bagak yang boleh mengegarkan jantung dan joran. Fokus kami hanya berjigging sahaja, walau bagaimana pun umpan ikan selayang dan janggut sotong katak tidak dilupakan. Kami bawa juga sebagai backup untuk pancingan dasar (bottom). Popper menjadi pilihan kedua kot-kot ada tenggiri yang mengejar anak ikan.

Perjalanan bermula dari rumah ku (Sea Hunter) pada jam 06.45 pagi. Ranger ku menjadi mangsa untuk team SEA bergerak kemana-mana lokasi. Senang nak bawa tong ikan dan minyak bot. Hampir jam 7 pagi aku sampai di rumah Wan di Taman Bakti Jertih. Rumah barunya aku tak berapa kenal. Terlajak pulak hingga 100 meter, terpaksa berpatah balik. Sampai kat simpang nak masuk rumah Wan aku menunggu beberapa minit. Maklum le Wan terpaksa berjalan kaki dari rumah ke jalan utama Jertih. Terkejut rasanya bila tengok Wan dengan jaket hitamnya. Macam nak bermain salji je.
Perjalanan seterusnya ialah ke rumah Mat Angler di taman Tanjung Jertih. Setibanya dirumah Mat, kedengaran satu keluhan yang sememangnya sudah diagak. " Sejak pukul 6.15 lagi aku dah tunggu ". Sorry le tanah pun tak nampak sebab tu aku lambat. Mat tersengih je. Semua barang-barang diangkat naik ke belakang Ranjer. Perjalanan di teruskan ke Pengkalan di Kuala Besut.
Setibanya di pengkalan, tanpa membuang masa kami mengangkat barang keperluan ke dalam bot. Bot Man (kawan) menjadi taruhan untuk trip kami kali ini. Maklum le bot kami masih dalam pembaikan. Enjin suzuki 30 hp berderu membelah air menuju ke Pulau Perhentian. Lokasi pertama yang menjadi sasaran kami ialah ke Kapal Vietnam. Setengah jam kami berjingging disitu tetapi hasilnya tidak ada. Terasa kelenguhan di bahu kanan masing-masing maklum le ini kali pertama nak mencuba teknik berjigging. Jigging ni kalu tak dapat hasil memang lenguh. Tapi kalau tersangkut si bagak, lenguh di bahu akan hilang dan semangat berjingging bertambah membuak-buak.
Kami mula berpindah ke lubuk jigging yang terkenal dengan spesis Ebek. Masa perjalanan sekitar 20 minit dari kapal vietnam. Sebelum sampai di lokasi Ebek kami singgah di Tanjung Guntung. Disini biasanya spesis Tenggiri yang berkeliaran. Aku cuba teknik popping terlebih dulu kot ada yang nak menyambar, namun hampa. Mat dan Wan melabuhkan jignya ke dasar. Tak sampai beberapa minit joran Mat melentur kuat. 3 kali rentapan dilakukan, perlawanan dengan spesis yang belum pasti itu akhirnya kecundang kerana leader joran Mat terputus. Walaupun perasaan kecewa ada namun semangat berjingging bertambah kuat lagi. Mat kehilangan jig Sardin yang dibelinya di Tanah merah dengan harga 30 ringgit. Mat kata tak apa nanti aku cari lain pulak. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki. Aku pun turut bertukar dari popping ke jingging. Malangnya dah tak ada rezeki kat situ. Wan pula nampak begitu lemah. Mual yang dirasainya akibat ayunan gelombang laut membuatkan beliau kurang bermaya. Mabuk laut mula mencekam jiwa yang semakin terkulai. Berkali-kali Wan muntah, agaknya beliau makan terlalu banyak. Ini fenomena biasa bagi pemancing laut, adakalanya mabuk dan adakala juga seperti biasa walaupun gelombang mengalunkan iramanya. Bekalan yang dimakan tadi habis keluar. Selepas itu Wan kembali pulih dan wajah pucatnya sudah tidak kelihatan lagi.
Kami teruskan perjalanan ke Lubuk Ebek. perjalanan tak sampai 10 minit. Kelihatan 4 buah bot ada di lokasi Tanjung Besi atau lebih dikenali sebagai Basi oleh penduduk pulau dan nelayan tempatan. Antara pemancing yang kami kenali ialah Pok Him dan Cikgu Mi bersama anak-anaknya. Mereka memancing Ebek dengan berumpankan udang hidup tapi kami lebih fokus kepada jingging. Inilah teknik yang diminati oleh Pemancing-pemancing profesional sama ada dalam atau luar negara.
Aku, Wan dan Mat Angler tidak membuang masa. Tanpa bertangguh jig Yozuri berwarna merah jambu seberat 60 gm dihenjut berkali-kali. Wan dengan jig kepala merah juga di kayuh, walaupun tidak mahir dengan teknik ini namun niat tetap diteruskan. Mat pula dengan jig Arnab yg seberat 50 gm dilabuhkan. Berkali-kali dihenjut jig namun tidak berhasil. Dalam kelekaan menghenjut jig sambil dok bersembang tiba-tiba jorang ku tersangkut sesuatu. Apalagi terus aku rentap sebanyak 3 kali. Sah dah tersangkut si bagak. Kekili Daiwa Crest 4000 ditanganku berdesing di tarik sang rakus yang membaham jig. Aku layan je sehingga tiba gilirannku menarik semula. Lenturan joran PE 3 yang aku pakai menambahkan semangat juangku untuk melihat spesis apakah ini. Setelah hampir 5 minit bertarung, rupa-rupanya Si Talang yang begitu rakus terus lemah dan tewas. Ku angkat naik kedalam bot dan terus diambil gambar buat kenangan. Alhamdulillah, inilah kali pertama dalam hidupku merasai nikmat berjigging. Talang seberat 5 kilo menjadi kebanggaan ku.
Acara berjigging diteruskan, tiba-tiba joran Wan tersangkut sesuatu. Aku agak ini mungkin spesis Talang jugak. Tarikan yang ganas menyebabkan dada Wan berdebar-debar. maklumlah tak pernah rasa tarikan yang begitu kuat. Tapi malangnya Wan tidak menyentap jorannya dulu. Mata jig mungkin tidak begitu sangkut. Terlepaslah sang bagak yang belum dikenal pasti itu. Dah tak ada rezeki gamaknya. Mat Angler tidak melupakan jorannya. Henjutan jig berkali-kali menyebabkan sang Cermin tersangkut kat belakang. nak tergelak rasanya bila tengok mata jig tersangkut kat belakang ikan cermin sebesar tapak tangan. Mungkin terlalu banyak ikan cermin kat bawah sana. Banyak kali jig kami tewas oleh Spesis bagak. Dimana kesilapannya. Mungkin itu satu pengalaman baru buat kami Team SEA yang baru nak berjinak dengan Teknik Jigging dan Popping. Jam 1.30 tengahari kami buat keputusan untuk pulang ke Pengkalan, sempat jugak singgah cari lauk tambahan. Ikan Kerisi dengan umpan janggut sotong. Dapat jugak melepas gian setelah sebulan lebih tidak turun kelaut kerana musim Tengkujuh dan laut bergelora. Sampai di pengkalan Kg Raja. Kami angkat barang-barang untuk pulang kerumah masing-masing. Terima kasih kepada Man yang telah memberikan botnya untuk kami memancing kali ini tanpa disewa, walaupun botnya tak sebesar mana tapi cukup berpuashati.
Rupa-rupanya teknik jigging ini cukup memberi kepuasan kepada Pemancing seperti kami. Kami akan meneruskan berjigging di lain masa yang masih belum ditetapkan. Episod-episod seterusnya akan menyusul bersama gambar-gambar yang terkini.

2 ulasan:

Matskai berkata...

Memang hebat...rasanya Jigging memang tak puas....hidangan spesies bagak memang kegilaan semua kaki pancing...untuk mencapai hasrat tersebut...jigginglah jawapan yang boleh memacu adrelnalin kami...jumpa lagi.

Adnan (Sea Hunter) Group Photosniper berkata...

Nanti kalau nak tambah set jigging jangan lupa ajak kawe gi kedai pancing