Ahad, 27 Januari 2013

TRIP BACHOK 25 JAN 2013

     Assalamualaikum sahabat2 dan pembaca yang budiman. Disini saya selaku penulis atau SH (Sea Hunter) akan mengongsikan pengalaman dan sedikit ilmu semasa kami mengharungi Trip Bachok. Semoga ianya menjadi satu kenangan abadi utk tatapan sahabat Team dan Ahli trip..     
Alkisah bermula........
     Tanggal 25 Jan 2013 adalah hari yang amat dinantikan oleh Kelab Santai Extreme Angler (SEA) untuk mencari pengalaman baru di Perairan Bachok, Kelantan. Tempahan tarikh dan bot diuruskan oleh Abe Harun dari Padang Pak Amat Pasir Puteh manakala ahli team pula diuruskan oleh Sea Hunter @ Penulis (Ad6) dari Kg Gong Pasir, P.Puteh. Ahli Team pula terdiri dari dua kumpulan iaitu 6 dari Kelab SEA manakala 3 dari Grup Paksu Pin Sg Petai.
     Antara ahli Kelab SEA ialah Abe Harun (P.Puteh), Sea Hunter (Ad6), Mat Angler (Besut), Pakchu Ju @ Zulkifli Sulaiman (Pensyarah Politeknik Arau Perlis), Yan Tzen (Kok Lanas), Yatim (Kok Lanas) manakala Grup kedua -Paksu Pin, Lie Sg Petai dan Cg Husin (Gaal).
     Seminggu sebelum tarikh trip Bachok, Sea Hunter (S H) ditimpa musibah. Satu keluarga  terkena Demam. Dah 3 hari Sea Hunter tak dapat ke Kolej. Apa yang bermain difikirannya ialah mampukah Sea Hunter pergi menyantai Lubuk Bachok untuk mencari sang bagak bersama-sama team SEA? Kerungsingan tentang cuaca juga mempengaruhi minda bila hujan lebat selama  seminggu melanda kembali.. Walaubagaimana pun gelisah hati mula beransur menghilangkan diri bila Demam sudah hampir sembuh dan mentari mula bersinar pada hari Maulidur Rasul, Terfikir juga S H utk menarik diri dari trip kali ini...fikir punya fikir.......walaupun tak berapa sihat...kena pergi juga... kalau S H tak pergi nanti kawan2 yg  lain akan menarik diri pula. Peralatan perang sudah lama tersedia cuma menunggu misi aje....
     Dengan satu tekad misi tetap diteruskan...Pakchu JU yg berada di Perlis telah selamat balik ke kampung dgn anak saudaranya..beliau sanggup meninggalkan isterinya seketika utk memenuhi trip yg telah sekian lama diidamnya. Baginya inilah peluang pembuka bicara awal tahun yg selalu dikhabarkan dari Cikgu Mat walaupun dikejauhan. Si bagak yang rakus membaham umpan menjadi impian untuk dirasai bersama pengalaman2 baru dan kawan2 baru dikenali.
          Team Santai Extreme Angler....SEA meneruskan langkah pertamanya jam 2.30 ptg selepas selesai solat Jumaat menuju ke Jeti Pengkalan Bot Kemasin Bachok, Abe Harun dari Padang Pak Amat dgn iswaranya seorang diri, manakala Yan dan Yatim bertolak dgn waja dari Kok Lanas dan SH, Mat Angler serta Pakchu JU dgn ford ranger memecut melalui tok bali dari Kg Gong Datok Pasir Puteh dan Grup Paksu Pin dari Sg Petai seramai 3 org. Setelah sejam perjalanan maka tibalah kami di Jeti...Tekong Bot...Tok Iman sedang menanti dibotnya..katanya hendak bertolak awal sedikit untuk mencari umpan..ikan tambang hidup.
           Setelah barang pancingan dan alat kelengkapan yg lain telah dimasukkan kedalam bot, tepat jam 4 ptg kami memulakan perjalanan. Jam 5 ptg kami memulakan misi mengapolo umpan, banyak tambang dan lecek berjaya dikumpul. Ada yang mati dan banyak yg masih hidup. Umpan hidup sesuai digunakan pada siang hari manakala yg mati kami gunakan pada waktu malam...
           Kami berlabuh di karang payung hampir jam 7 ptg dengan berumpankan tambang mati yang dipotong menyerong. Tanpa diduga, kerakusan si bagak di dasar mula memberi kejutan....Paksu Pin menyentap joran yg melentur ...tapi x dapat bertahan lama kerana kekuatan talinya tidak dapat mengatasi kekuatan ikan...putusssss. Cg Mat Angler yang tekun merenung jorannya tiba2 bangun dan mula menyentap beberapa kali....kekili Shimano Aceration 80000PG dgn joran Abu Garcia Conolon Jig Rod melentur dan berdesing kuat......perghhhh.....terasa renjutan ebek....itulah kata2 yg terpelantun dari mulutnya..walaupun kelibat sibagak tidak kelihatan. mungkin pengalaman yg pernah dilaluinya....Yessss..meme ebek yg kelihatan...adele dlm 3 kg...Alhamdulillah, ok doh tu..maklumle ebek jarang makan di waktu malam ni...Pas tu giliran SH menaikkan ebek kedua...anggaran dlm 3 kg jgk...SH yg kurang sihat mula menampakkan tanda2 mabuk...beberapa minit kemudian mula mengeluarkan segala ambar2 dlm perutnya tanpa henti.....wajah SH sudah tidak bermaya lagi....dia mula berehat sekejap...sambil mabuk pun sempat jugak dia menaikan seekor lg ikan...anggaran sekilo lebih...pastu terus terbaring....doh takleh bangun....Muntah yg tidak henti2 menyebabkan SH tidak dapat memancing....selalunya dialah yg paling kuat memancing tapi kali ini kecundang.....
     Pakchu JU yang tidak menyangka bahawa kali ini merupakan satu trip yang paling membanggakan yang pernah diharunginya....Aruan Tasik, Kerapu, Ebek, Alu-alu dan Merah Tanda serta ikan Rechei menjadi taruhan. Bagi Pakchu JU, rentapan sang bagak ini amat mengejutkannya kerana trip2 sebelumnya tidak mendapat hasil sebagaimana hari ini...Pengalaman yang tidak dapat dilupakan...katanya. Pakchu JU juga merupakan JUARA bagi setiap lubuk yg diterokai....keseronokkan yang bukan kepalang ini menambahkan semangatnya utk berjuang....pengalaman ini akan dikongsikan bersama isteri yang ditinggalkan di Perlis yang sedang menantikan khabar gembira bersama hasil yang akan dibawa pulang.
     Cg Mat atau lebih dikenali Mat Angler memang tidak asing lagi dikalangan Nelayan Kota Putra Besut, Trg. Beliau merupakan setiausaha Persatuan Nelayan, banyak pengalaman dan ilmu yang boleh diambil dan dikongsikan bersama semasa memancing...kebanyakkan perambut dan mata kail adalah pemberian beliau. Pengalaman inilah membuatkan banyak spesis ikan kecundang ditangannya...Ikan Ebek dan Tanda Merah menjadi sasarannya kali ini....dengan menggunakan kekili shimano Aceration SW8000PG, tali sulam 40 lbs dan perambut tasi hantu 25 lbs, joran jigging Abu Garcia Conolon menjadi sandaran...banyak Merah Tanda kecundang ditangannya...malah ikan Cermin juga tidak terlepas. Juara kedua yang selepas Pakchu JU
     Pian atau YanTzen kali ini juga cukup gembira kerana beliau telah berjaya menaikkan Ebek yang terberat iaitu 5.7 kg berbanding dengan Ebek yang lain, Tidak sia2 joran yang baru dibelinya....bagi Pian...berbaloi trip kali ni kerana mendapat pulangan yang banyak.....semangat sang Ebek ini membuatkan beliau tidak mahu berehat......mabuk sikit2 itu tidak dihiraukannya.....
     Lain ceritanya Abe Harun....kekecewaan jelas terpancar dari wajahnya kerana mata kailnya selalu terputus apabila direntap sang bagak yang rakus...entah berapa ekor beliau dapat ...penulis tidak pasti. (Penulis tidur ketika itu).
 Yatiem.... orang baru dalam bidang Pancing laut kali ini cukup terharu kerana tidak dapat mendaratkan ikan. Beliau senasib dgn SH, Ambar Kuning, Hijau dan Hitam  digunakan sepenuhnya untuk memanggil ikan dilaut. Habis apa yang terkandung didalam isiperut...digunakan utk memanggil sang bagak....setelah dibomohi lautan bersama SH, beliau terpaksa baring dan tidak bermaya...wajah pucat dan merah silih berganti...apakan daya ...Tiada Daya dan Upaya melainkan dengan izin Allah Taala...itulah yang mampu diucapkan...tidur dan bangun silih berganti....pengalaman ini juga tidak akan dilupakannya....Semangat untuk mengharungi trip seterusnya tetap berkobar-kobar.
     Selepas dua hari berada dilautan kami pulang dengan perasaan gembira dan bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kami mendapat pulangan hasil yang lumayan...bagi kami inilah antara trip2 yang berjaya.
     Ucapan terimakasih kepada Tekong tok Imam Rahim dan anaknya Zulkifli (lie) yang memang tidak kedekut ilmu dan sentiasa perihatin dengan minat pemancing....layanan dan servis terbaik amat diperlukan....In shaa Allah kami akan kembali bersama Tok Imam pada trip yang akan dirancang nanti.
     Dibawah ini adalah antara gambar2 yang sempat dirakam serta video kami dlm YOUTUBE bertajuk Trip Bachok 25-26 Jan 13 (SEA) sebagai kenangan, dan pengalaman yang dikongsi untuk tatapan pembaca semua.
     Wassalam...


                           Meneruskan perjalanan ke lubuk selepas mencari umpan hidup di unjam
                                 Dari kanan..Yan Tzen, Abe Harun, Denei (S H) dan Pakchu JU

                                       Mengelamun sambil meneruskan perjalanan ke lubuk Ebek
                                               Mat Angler




















http://www.youtube.com/watch?v=fBfNXxZxyf8&feature=youtu.be

Rabu, 23 Januari 2013

Ikatan Mata Jig

Sediakan peralatan yg cukup supaya anda tidak tercari-cari bahan-bahan keperluan semasa membuat ikatan,
Antara bahan yg diperlukan:
a. Mata Kail...saiz antara 3 hingga 5
b. Tali Kevlar....ukur mengikut keperluan jig, anggara mata kail berada ditengah2 badan jig
c. Shrink Tube...jika perlu
d. Solid Ring/Split Ring



secara ringkasnya anda hanya perlu mengikut panduan gambar diatas...selamat mencuba

Khamis, 29 November 2012

Jigging di Perhentian Island

Salam semua, trip kali ini bersana Tuan Lie (Kg Gong Datuk), Ustaz Faisal dan Matskai. Kami bertolak lewat sikit....dengan bot pemburu laut kami bertiga memecut laju membelah laut china selatan menuju ke lokasi pertama iaitu Kapal Vietnam karam, 10 minit kami di sana tiada sentapan, kami berpindah ke Pulau Sedara Besar....sentapan jig dah mula terasa...naiklah sang kerapu..dalam setengah jam...tanpa disangka sibagak seberat hampit 10 kg telah meratah jig hearing merah jambu dengan angkuh sekali... berjuang dengan Abu Gracia Conolon PE 1-3 dan Shimano SW8000 PG..dalan 20 minit dapat ditumpaskan oh...rupanya sang Haruan Tasik...patutllah kuat benar tarikanya.....lepas tu kami berpindah ke Karang Selat..4 kali kami disentap oleh si bagak Ebek dan Cermin...wah seronok rasanya.....kemudian kamipun pancing dan kaci-kaci dapatlah 7 ekor.....rasa...puas dengan santapan si bagak.....ok tunggu trip seterusnya.
 Dari kiri Tekong (matskai), Tuan Li dan Ustaz Faisal. Terkilan...Pemburu laut tak dapat join kali ni...pasal dapat baby baru...

Ahad, 27 Mei 2012

TRIP SANTAI DI SAMUDERA TOK BALI

     Salam sejahtera sahabatx dan pembaca semua, Santai Extreme Angler (SEA) kali ini akan memaparkan kisah dan pengalaman Team kami yang berada di lautan Pantai Timur perairan Tok Bali selama 2 hari satu malam, detik bersejarah ini memberi pengalaman baru kepada pemancing yg tidak pernah turun kelaut  dan yg baru menceburi aktiviti riadah dan sukan yg paling digemari oleh kanakx, orang dewasa samada lelaki atau perempuan dan orang tua dari duhulu kala hingga kini. Tidak ramai yg perasan bahawa aktiviti ke laut ini amat menguji ketahanan mental seseorang tidak kira usia, darjat atau keturunan sekalipun.

     Tanggal 25 Mei 2012 satu trip memancing di laut telah dirancang oleh seorang anak muda iaitu empunya Syarikat N & N Maju Enterprise iaitu Meen yang mana beliau memberitahu syarikatnya akan menaja dan menanggung kos trip kali ini untuk membawa pekerjaxnya menyedut angin lautan. Seramai 8 orang ahli yg terlibat. Hadiah cepumas juga disediakan iaitu wang tunai RM80 bagi ahli yang berjaya mendaratkan ikan paling besar dan terberat.
     
     Dua minggu sebelum trip ini pelbagai masalah peribadi yg menjelma satu demi satu, walaubagaimanapun ianya dapat diatasi dengan baik. Diatas adalah ahli yang terlibat iaitu dari kiri Meen, Shakh, Faizal, Awang, Zur, Nayee dan Tok Ngulu SEA Team (Sea Hunter) manakala jurugambar baju hijau dibawah iaitu adik Mie.






     Jumaat 25 Mei 2012 jam 2.30 petang, Tok Ngulu (penulis) sabar menanti panggilan telefon dari pihak penganjur, jadi ke trip kali ni, persoalan demi persoalan bermain dibenak fikiran, sangsi mula menjengah otak, jam 3 ptg masih belum menerima khabar berita. Lalu dicapai telefonnya dan menanya khabar Meen, Meen pula tidak menjawab panggilan. Cuba telefon Shakh. Shakh pula ditimpa masalah baru, peralatan kedai gunting rambutnya dicuri orang. Dia cuba mencari pencuri tsb yang menggunakan Kereta Kancil berwarna putih dengan bonet berwarna  hitam menggunakan Plat Pendaftaran WJX 2436 di pasir puteh. Namun tidak berjumpa.Tok Ngulu mula gelisah, panggilan seterusnya kpd Zur yg sentiasa bersama Meen, nasib baik Zur menjawab dan mengatakan Meen masih sibuk kat kedai Hardwarenya, mungkin tengah bercakap dgn pelanggannya kot? Tak kisah lah janji trip yg dirancang berjaya. Tok Ngulu cuba melelapkan mata sekejap dirumah sementara menunggu team bergerak. Jam 3.30 petang Tok Ngulu cuba telefon Meen.  Rupanya mereka sudah bertolak  dari Kok Lanas dan hampir sampai di bandar Pasir Puteh. Tok Ngulu mula bertolak dari rumah dan menunggu di cabang Sungai Petai dgn Ford Ranger, selepas itu mereka sama-sama bertolak ke jeti Semerak. Sebelum tu singgah sekejap di kedai pancing Cherang Ruku untuk mencari mata Apolo.


     Jam 4 petang kami menaiki bot kayu kelas A kepunyaan Mat Azam anak Pok leh iaitu antara tekong yang terkenal dengan sifat mudah baso (dialek kelantan) iaitu tidak cerewet dan ikut apa yang pelanggannya suruh. Perjalanan dengan bot melalui sungai Semerak amat mengasyikkan kerana seronok melihat kaki pancing yang memancing di tebing sungai. Kami singgah di Jeti perikanan Tok Bali untuk membeli ais. Selepas itu kami teruskan perjalanan meredah samudera yg sentiasa bergelora. Jam 6 petang kami singgah di Unjam untuk mencari umpan hidup, dapat jugak anak selar dan kembung. Namun umpan tadi tidak dapat hidup lama kerana kami tiada alat untuk membantu pernafasan ikan tadi.


     Jam 6 petang sesi pancingan pun bermula, kami singgah di tukun batu, lebih kurang 2 jam menunggu hanya ikan Kirong sahaja yang menjamah umpan, alamatnya tidak berapa baik. Mungkin ikan lain pergi melancong gamaknya. Semangat untuk menaikkan ikan besar mula pudar, seorang demi seorang mula tersungkur dek lambungan gelora. Muntah-muntah mula kedengaran di ruang hadapan bot. Shakh yg dari tadi duduk berhampiran dengan Tok Ngulu diburitan bot mengadu tak sedap badan dan kelibat peluh dingin meleleh dicuping telinga. Sah kali ini ramai akan tersungkur. Awang pula dari awal lagi sudah membaringkan tubuh, katanya tak larat dan tiada daya untuk beraksi. Memang dah  agak. satu demi satu mengeluarkan ambar di perut masing. Meen dan Tok Ngulu masih lagi steady, katanya nak layan ikan besar. Tak apalah kawanx, tidur le kalau dah tak bermaya, ubat paling mujarab. 






     Jam 10 malam kami mula berpindah ke lubuk baru iaitu Tukun Tayar, umpan sotong pasar dan ikan segar dilabuh ke dasar. Nampaknya ikan Kirong saja yg sudi menjamah, entah kemana pergi ikan yg lain. langsung tidak ada daya tarikan. Aku renung tong putih, masih kosong dan tidak berisi walaupun ikan kecil. Tidak pernah aku memancing di waktu malam tanpa ada hasil. Kenapa jadi begitu? mungkin kami berada dibawah arus atau Tuhan ingin menguji kesabaran kami. Sabarlah.......


      Hujan mula turun, tapi tidaklah lebat sangat. Kami berhenti memancing sekejap sambil merehatkan  badan, Meen memasak 3 bungkus maggi untuk mengalas perut. Lepas tu Meen menjamah sepinggan, yang lain sudah tidak lalu makan. Mabuk laut tidak mau hilang. Aku cuba juga sepinggan namun bau sotong membuatkan tekak ku mula meloya. Barangkali aku pun terasa nak mabuk jugak. Peluh dingin mula keluar dari liang roma. Tubuh terasa sedikit lemah, lalu aku melabuhkan punggung dicelah Mie yg sudah tidak berdaya lagi, sempat jugak terlelap sekejap. Aku terjaga bila kedengaran kilat sambar menyambar. Angin sejuk mula berderu kencang. Nampak dari jauh ribut mula menghampiri bot kami. Hatiku mula terasa gelisah. Nampaknya malam ini terpaksa berdepan dengan gelora lautan. Aku suruh Shakh tanya pendapat tekong Mat Azam. Tekong relax je, aku tidak puas hati lalu pergi bercakap dengan tekong sendiri. Dengan nada selamba tekong menjawab, Kalau nak berlindung di pulau kita terlalu jauh manakala nak pulang ke darat sudah tidak sempat lagi jadi kita terpaksa  bertahan sekiranya ribut melanda. Aku yakin dengan pengalaman tekong jadi aku cuba menenangkan perasaan sahabat yang lain. Walau bagaimana pun  jaket keselamatan yang aku bawa sendiri tidak dilupakan. Aku terus memakainya kerana aku ada pengalaman pahit di lautan. Dilanda gelora tanpa ada jaket keselamatan di atas bot dan ketika itu aku mabuk teruk. Kalaulah tercampak kelaut nescaya tidak ada harapan untuk hidup. Inilah yg sentiasa mengingatkan aku bila berada di lautan. Aku tidak mahu kisah lama berulang kembali.


      Kilat sambar menyambar dan ribut melanda di lautan membuatkan aku tidak putusx berdoa dan menyebut nama Allah supaya ribut tadi tidak menjengah kami, lipasx dan semutx yang berada di atas bot barangkali juga berdoa bersama-sama. Alhamdulillah ribut tadi hanya lalu disebelah kami dan kami terlepas dari terkena tempias. Selepas itu tekong ajak kami berundur sedikit ke daratan kerana ada angin yang kedua. Mujurlah sejam selepas itu cuaca kembali pulih hingga ke pagi, sempat jugak aku menjamah maggi yang dimasak tadi 2 pinggan. Orang lain sudah tidak berselera sebab mabuk.
     Hasil pada malam itu hampeh dan Zur dapat ikan pulutan seekor sebesar lengan manakala yang lain kumpau termasuk aku. Jam 8 pagi kami bertolak balik dan singgah sekejap memancing kerisi namun tiada sambutan. Aku mencadangkan untuk singgah di unjam darat (unjam buluh) untuk bermain apolo (ngacau).

      Setelah dapat ikan selar aku menyangkutnya di joran utama iaitu Reel jenama Penn 320Gt2 dgn rod Abu Garcia Tournament 6 kaki menggunakan tali sulam jenama kirin 80 lbs dan perambut tasi 90lbs, umpan hidup dilepaskan pada  kedalaman sekitar 7 meter  dengan pelampung botol mineral 1.5 ltr. Umpan hidup kelihatan gelisah, sangkaan ku mungkin ada ibu dibawahnya. Jam sudah hampir 11 pagi, masa untuk pulang sudah dekat. Sedang aku leka bersembang, tibax kekili mula berbunyi dan joran melentur, aku terus menyentap, YES sudah tersangkut sang ibu, rupa-rupanya Tenggiri mula menarik ganas, dalam masa beberapa minit aje sang Tenggiri berjaya didaratkan. Alhamdulillah..... rezeki saatx terakhir. Kali pertama aku dapat Tenggiri dan inilah lesen aku untuk mendapat tenggiri yg seterusnya. Akhirnya aku dinobatkan sebagai juara Trip Samudera Tok Bali bersama Team Santai Extreme Angler (SEA)

Tok Ngulu (Sea Hunter) dengan tenggiri seberat 4.9 kg


Zur sambil memegang joran bergambar dgn Spanish Mackerel


 Jam 12 tengahari kami pulang ke Jeti dengan hasil yang tidak memuaskan walau bagaimanapun kami tetap bersyukur kepada Allah kerana dapat merasa tenggiri sedikit seorang.

Hadiah Cepumas kepada Tok Ngulu AD6 (Sea Hunter)
berupa wang tunai RM 80 sumbangan Ahli Trip Samudera Tok Bali 
disampaikan oleh Meen (Pengarah Urusan N&N Maju Enterprise)

     Terima kasih diucapkan kepada Sponsor  N&N Maju Enterprise atas sumbangan kos sewa bot dan makan minum yang seadanya dan ucapan terima kasih kepada 3 Anggota Team SEA iaitu Tok Ngulu (Sea Hunter, Meen dan Zur serta sahabat yg lain iaitu Shakh, Awang, Mie, Nayee dan Faizal semoga trip ini tidak melemahkan semangat untuk kembali kelautan pada tripx yang akan datang. 
Semoga sentiasa EXTREME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!