Ahad, 27 Mei 2012

TRIP SANTAI DI SAMUDERA TOK BALI

     Salam sejahtera sahabatx dan pembaca semua, Santai Extreme Angler (SEA) kali ini akan memaparkan kisah dan pengalaman Team kami yang berada di lautan Pantai Timur perairan Tok Bali selama 2 hari satu malam, detik bersejarah ini memberi pengalaman baru kepada pemancing yg tidak pernah turun kelaut  dan yg baru menceburi aktiviti riadah dan sukan yg paling digemari oleh kanakx, orang dewasa samada lelaki atau perempuan dan orang tua dari duhulu kala hingga kini. Tidak ramai yg perasan bahawa aktiviti ke laut ini amat menguji ketahanan mental seseorang tidak kira usia, darjat atau keturunan sekalipun.

     Tanggal 25 Mei 2012 satu trip memancing di laut telah dirancang oleh seorang anak muda iaitu empunya Syarikat N & N Maju Enterprise iaitu Meen yang mana beliau memberitahu syarikatnya akan menaja dan menanggung kos trip kali ini untuk membawa pekerjaxnya menyedut angin lautan. Seramai 8 orang ahli yg terlibat. Hadiah cepumas juga disediakan iaitu wang tunai RM80 bagi ahli yang berjaya mendaratkan ikan paling besar dan terberat.
     
     Dua minggu sebelum trip ini pelbagai masalah peribadi yg menjelma satu demi satu, walaubagaimanapun ianya dapat diatasi dengan baik. Diatas adalah ahli yang terlibat iaitu dari kiri Meen, Shakh, Faizal, Awang, Zur, Nayee dan Tok Ngulu SEA Team (Sea Hunter) manakala jurugambar baju hijau dibawah iaitu adik Mie.






     Jumaat 25 Mei 2012 jam 2.30 petang, Tok Ngulu (penulis) sabar menanti panggilan telefon dari pihak penganjur, jadi ke trip kali ni, persoalan demi persoalan bermain dibenak fikiran, sangsi mula menjengah otak, jam 3 ptg masih belum menerima khabar berita. Lalu dicapai telefonnya dan menanya khabar Meen, Meen pula tidak menjawab panggilan. Cuba telefon Shakh. Shakh pula ditimpa masalah baru, peralatan kedai gunting rambutnya dicuri orang. Dia cuba mencari pencuri tsb yang menggunakan Kereta Kancil berwarna putih dengan bonet berwarna  hitam menggunakan Plat Pendaftaran WJX 2436 di pasir puteh. Namun tidak berjumpa.Tok Ngulu mula gelisah, panggilan seterusnya kpd Zur yg sentiasa bersama Meen, nasib baik Zur menjawab dan mengatakan Meen masih sibuk kat kedai Hardwarenya, mungkin tengah bercakap dgn pelanggannya kot? Tak kisah lah janji trip yg dirancang berjaya. Tok Ngulu cuba melelapkan mata sekejap dirumah sementara menunggu team bergerak. Jam 3.30 petang Tok Ngulu cuba telefon Meen.  Rupanya mereka sudah bertolak  dari Kok Lanas dan hampir sampai di bandar Pasir Puteh. Tok Ngulu mula bertolak dari rumah dan menunggu di cabang Sungai Petai dgn Ford Ranger, selepas itu mereka sama-sama bertolak ke jeti Semerak. Sebelum tu singgah sekejap di kedai pancing Cherang Ruku untuk mencari mata Apolo.


     Jam 4 petang kami menaiki bot kayu kelas A kepunyaan Mat Azam anak Pok leh iaitu antara tekong yang terkenal dengan sifat mudah baso (dialek kelantan) iaitu tidak cerewet dan ikut apa yang pelanggannya suruh. Perjalanan dengan bot melalui sungai Semerak amat mengasyikkan kerana seronok melihat kaki pancing yang memancing di tebing sungai. Kami singgah di Jeti perikanan Tok Bali untuk membeli ais. Selepas itu kami teruskan perjalanan meredah samudera yg sentiasa bergelora. Jam 6 petang kami singgah di Unjam untuk mencari umpan hidup, dapat jugak anak selar dan kembung. Namun umpan tadi tidak dapat hidup lama kerana kami tiada alat untuk membantu pernafasan ikan tadi.


     Jam 6 petang sesi pancingan pun bermula, kami singgah di tukun batu, lebih kurang 2 jam menunggu hanya ikan Kirong sahaja yang menjamah umpan, alamatnya tidak berapa baik. Mungkin ikan lain pergi melancong gamaknya. Semangat untuk menaikkan ikan besar mula pudar, seorang demi seorang mula tersungkur dek lambungan gelora. Muntah-muntah mula kedengaran di ruang hadapan bot. Shakh yg dari tadi duduk berhampiran dengan Tok Ngulu diburitan bot mengadu tak sedap badan dan kelibat peluh dingin meleleh dicuping telinga. Sah kali ini ramai akan tersungkur. Awang pula dari awal lagi sudah membaringkan tubuh, katanya tak larat dan tiada daya untuk beraksi. Memang dah  agak. satu demi satu mengeluarkan ambar di perut masing. Meen dan Tok Ngulu masih lagi steady, katanya nak layan ikan besar. Tak apalah kawanx, tidur le kalau dah tak bermaya, ubat paling mujarab. 






     Jam 10 malam kami mula berpindah ke lubuk baru iaitu Tukun Tayar, umpan sotong pasar dan ikan segar dilabuh ke dasar. Nampaknya ikan Kirong saja yg sudi menjamah, entah kemana pergi ikan yg lain. langsung tidak ada daya tarikan. Aku renung tong putih, masih kosong dan tidak berisi walaupun ikan kecil. Tidak pernah aku memancing di waktu malam tanpa ada hasil. Kenapa jadi begitu? mungkin kami berada dibawah arus atau Tuhan ingin menguji kesabaran kami. Sabarlah.......


      Hujan mula turun, tapi tidaklah lebat sangat. Kami berhenti memancing sekejap sambil merehatkan  badan, Meen memasak 3 bungkus maggi untuk mengalas perut. Lepas tu Meen menjamah sepinggan, yang lain sudah tidak lalu makan. Mabuk laut tidak mau hilang. Aku cuba juga sepinggan namun bau sotong membuatkan tekak ku mula meloya. Barangkali aku pun terasa nak mabuk jugak. Peluh dingin mula keluar dari liang roma. Tubuh terasa sedikit lemah, lalu aku melabuhkan punggung dicelah Mie yg sudah tidak berdaya lagi, sempat jugak terlelap sekejap. Aku terjaga bila kedengaran kilat sambar menyambar. Angin sejuk mula berderu kencang. Nampak dari jauh ribut mula menghampiri bot kami. Hatiku mula terasa gelisah. Nampaknya malam ini terpaksa berdepan dengan gelora lautan. Aku suruh Shakh tanya pendapat tekong Mat Azam. Tekong relax je, aku tidak puas hati lalu pergi bercakap dengan tekong sendiri. Dengan nada selamba tekong menjawab, Kalau nak berlindung di pulau kita terlalu jauh manakala nak pulang ke darat sudah tidak sempat lagi jadi kita terpaksa  bertahan sekiranya ribut melanda. Aku yakin dengan pengalaman tekong jadi aku cuba menenangkan perasaan sahabat yang lain. Walau bagaimana pun  jaket keselamatan yang aku bawa sendiri tidak dilupakan. Aku terus memakainya kerana aku ada pengalaman pahit di lautan. Dilanda gelora tanpa ada jaket keselamatan di atas bot dan ketika itu aku mabuk teruk. Kalaulah tercampak kelaut nescaya tidak ada harapan untuk hidup. Inilah yg sentiasa mengingatkan aku bila berada di lautan. Aku tidak mahu kisah lama berulang kembali.


      Kilat sambar menyambar dan ribut melanda di lautan membuatkan aku tidak putusx berdoa dan menyebut nama Allah supaya ribut tadi tidak menjengah kami, lipasx dan semutx yang berada di atas bot barangkali juga berdoa bersama-sama. Alhamdulillah ribut tadi hanya lalu disebelah kami dan kami terlepas dari terkena tempias. Selepas itu tekong ajak kami berundur sedikit ke daratan kerana ada angin yang kedua. Mujurlah sejam selepas itu cuaca kembali pulih hingga ke pagi, sempat jugak aku menjamah maggi yang dimasak tadi 2 pinggan. Orang lain sudah tidak berselera sebab mabuk.
     Hasil pada malam itu hampeh dan Zur dapat ikan pulutan seekor sebesar lengan manakala yang lain kumpau termasuk aku. Jam 8 pagi kami bertolak balik dan singgah sekejap memancing kerisi namun tiada sambutan. Aku mencadangkan untuk singgah di unjam darat (unjam buluh) untuk bermain apolo (ngacau).

      Setelah dapat ikan selar aku menyangkutnya di joran utama iaitu Reel jenama Penn 320Gt2 dgn rod Abu Garcia Tournament 6 kaki menggunakan tali sulam jenama kirin 80 lbs dan perambut tasi 90lbs, umpan hidup dilepaskan pada  kedalaman sekitar 7 meter  dengan pelampung botol mineral 1.5 ltr. Umpan hidup kelihatan gelisah, sangkaan ku mungkin ada ibu dibawahnya. Jam sudah hampir 11 pagi, masa untuk pulang sudah dekat. Sedang aku leka bersembang, tibax kekili mula berbunyi dan joran melentur, aku terus menyentap, YES sudah tersangkut sang ibu, rupa-rupanya Tenggiri mula menarik ganas, dalam masa beberapa minit aje sang Tenggiri berjaya didaratkan. Alhamdulillah..... rezeki saatx terakhir. Kali pertama aku dapat Tenggiri dan inilah lesen aku untuk mendapat tenggiri yg seterusnya. Akhirnya aku dinobatkan sebagai juara Trip Samudera Tok Bali bersama Team Santai Extreme Angler (SEA)

Tok Ngulu (Sea Hunter) dengan tenggiri seberat 4.9 kg


Zur sambil memegang joran bergambar dgn Spanish Mackerel


 Jam 12 tengahari kami pulang ke Jeti dengan hasil yang tidak memuaskan walau bagaimanapun kami tetap bersyukur kepada Allah kerana dapat merasa tenggiri sedikit seorang.

Hadiah Cepumas kepada Tok Ngulu AD6 (Sea Hunter)
berupa wang tunai RM 80 sumbangan Ahli Trip Samudera Tok Bali 
disampaikan oleh Meen (Pengarah Urusan N&N Maju Enterprise)

     Terima kasih diucapkan kepada Sponsor  N&N Maju Enterprise atas sumbangan kos sewa bot dan makan minum yang seadanya dan ucapan terima kasih kepada 3 Anggota Team SEA iaitu Tok Ngulu (Sea Hunter, Meen dan Zur serta sahabat yg lain iaitu Shakh, Awang, Mie, Nayee dan Faizal semoga trip ini tidak melemahkan semangat untuk kembali kelautan pada tripx yang akan datang. 
Semoga sentiasa EXTREME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!