Sabtu, 7 Januari 2012

Persediaan Pancing Ikan Tanda Merah

Salam team semua, pada kali ini Mat Angler akan berkongsi dengan kalian semua pasal pancing malam, terutamanya memancing ikan tanda (Snapper) dan juga merah. Di sini saya akan pecahkan kepada bahagian mudah untuk di fahami.

Target utama : Ikan Tanda-Tanda

Tabiat ikan ini adalah kurang memilih dari segi makanan, tetapi paling mereka suka ialah udang hidup, ikan tamban, ikan selayang dan sotong potong memanjang.

Lokasi lubuk ikan tanda adalah tempat berbatu berpasir, kapal karam, dan juga tukun timbul. Lokasi biasa pancing malam adalah secara puratanya satu malam adalah; Kapal Vietnam depan Serenggeh (rekod 70 ekor - Tuyi), Tanjung Suit (40 ekor Abang), Teluk dalam (42 ekor - Nuji), Tokang Pecah - 80 ekor Ije) dan Karang Raja (60 ekor - Abang).
Ikan ini secara puratanya mencapai berat antara 500 gram hingga 2 kilogram sahaja, walau bagaimanapun saiznya agak besar kerana dagingnya kurang mampat. Teknik pancingan adalah separa dasar. Berikut adalah maklumat penting untuk anda sebelum memburu ikan ini.

Tips-tips penting! Tali perambut saiz 20lb hingga 50lbs sudah cukup untuk keselesaan ikan ini menyedut umpan. Perlu diingatkan, kadang-kadang ikan tanda bersaiz kurang daripada 1.5 kg akan memakan umpan secara senyap seperti udang galah, jika anda terasa tarikan kecil sudah cukup untuk anda menyentap jorang anda, itulah tanda umpan sudah berada di dalam mulut ikan.

Perambut paling sesuai adalah seperti rajah di bawah:

Cara penting! perlu diingat kalian semua hendaklah menjatuhkan umpan sehingga dasar dan angkat sedikit demi sedikit dalam setengah depa sebanyak 3 kali dan kembali jatuhkan semula umpan tersebut, jika terasa cubitan, perlu bersedia jika anda terasa berat seperti tersangkut pada sesuatu, itulah tanda bahawa umpa sudah berada di dalam mulut sang tanda. Jangan terlalu menunggu strike yang kuat untuk mendapat ikan ini.
Pada dasarnya, setiap ikan akan bertindak balas dalam masa 5-10 minit untuk mendapat umpan anda, jika tida tanda-tanda, segera tukar umpan lain. Umpan ikan potong hendaklah dipotong secara condong sebanyak 3 bahagian bagi setiap ekor ikan. Mata kail hendaklah dicangkut pada bahagian hitam, jangan cangkut pada bahagian putih.

Jadual Terkini Pancing Malam (Memburu Ikan Tanda dan Merah)

1) 13 Januari 2012 - Jumaat malam sabtu
    - ahli, Mat Angler, Wan Zailani dan Abang Harun
    - Lokasi Tokang Lang Tengah


2) 14 Januari 2012 - Sabtu Malam ahad
   - ahli, terbuka
   - Lokasi : Kapal Vietnam

3) 3 Februari 2012 - Jumaat Malam sabtu
   - ahli, terbuka
   -Lokasi : Tanjung Suit, Teluk Dalam dan Tukun Baru.

Tempahan awal akan memudahkan pengurusan

2 ulasan:

Adnan (Sea Hunter) Group Photosniper berkata...

Sayangnya aku tak dapat pergi hari tu. Semangat untuk memancing cukup berkobar-kobar. Abe Harun memang nak pergi (confirm dah). aku dah janji dgn orang utk ke Melaka. Nak buat mcm mana

Matskai berkata...

Ok takapalah, semula..aku gi dalam 3 orang. Wan dah Confirm.